Hai,
Jika anda baca post yang lepas, tentu anda tahu cara membuka kanvas baru. Aku ingin sambung tutorial photoshop yang lepas. Sila buka kanvas baru, Ctrl + N.
Aku ingin tunjukkan penggunaan font atau Type Tool. Cari ikon T pada toolbox dan klik.
Klik pada kanvas anda.
Taip perkataan yang anda suka atau taip ejaan nama anda sendiri. Ho ho ho ... tidak menarik ?
Jom edit ! Perhatikan pada Sub Menu Bar. Pilih jenis font, saiz font dan warna font yang anda suka.
Perhatikan layer pallettes dan double klik.
PIlih jenis font, saiz dan warna kegemaran anda. Klik OK jika sudah selesai memilih warna.
Aku pilih font jenis Blackoak Std dengan saiz 60 pts dan warna biru lembut.. Nah ...hasilnya.
Okay itu sahaja. Sila bermain dengan jenis font sebanyak mungkin. Jangan save , nanti berlambak pula fail grafik anda yang akan membebankan laptop/pc anda.
Semoga tutorial photoshop kedua ini memberi manfaat kepada anda.
Selamat mencuba. Sila follow blog ini jika ingin terus mendapat ilmu.
Copyright © 2014 Aku Suka Grafik - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Tutorial Penggunaan Font Dalam Photoshop."
Terima kasih kerana sudi membaca.