Aku Suka Grafik
AsSalam.
Hai ! Selamat berkenalan di ruang maya yang sempit ini. Ini post pertama aku. Hi hi ...
Blog yang akan menceritakan pengalaman dan perkongsian ilmu dalam kehidupan. Ini satu permulaan baru. Aku fikir ramai yang mempunyai pelbagai pengalaman tetapi mereka pendam sahaja. mungkin tidak tahu cara untuk berkongsi atau tidak tahu dimana untuk berkongsi.
Aku pilih blogging sebagai cara untuk berkongsi. Apa cerita yang hendak dikongsi ? Aku suka grafik jadi aku akan cerita pengalaman aku belajar grafik.
Aku tahu ramai bijak pandai grafik di luar sana tetapi mereka hanya diam. Mungkin mereka punyai ilmu yang terlalu hebat sehingga sukar untuk dikongsi bersama atau mereka tidak tahu apa yang hendak dikongsikan.
Sorry kalau terasa. Aku menulis dari hati.
Aku mula menyukai grafik sejak kecil lagi. Hobi aku menconteng dinding. Selalu sahaja aku dimarahi akibat hobi itu. Apabila bersekolah aku mula menconteng kertas dan meja. Semasa di sekolah menengah aku menconteng dinding semula. Kali ini mendapat pujian. Banyak juga mural yang aku lukis.
Pada 2008 aku berkenalan dengan Photoshop dan terus jatuh cinta. Minat aku semakin mendalam lalu aku berusaha mengenalinya dengan cara 'try n error'.
Banyak juga buku dan ebook yang aku beli untuk mengetahui fungsi tools dan teknik menggunakan photoshop. Aku paling suka teknik edit photo dan teknik manipulasi foto.
Produk grafik terbaik yang pernah aku beli ialah Raja Grafik Malaya. Panduan belajar photoshop terbaik adalah Photoshop Malaya. Ebook terbaik pula adalah ebook teknik suntingan foto oleh Imran Abdul Jabar. Kini ebook tersebut telah pun diterbitkan dalam bentuk fizikal.
Harga produk ini ratusan ringgit namun aku puashati dengan ilmu tersebut. Ini hanyalah hobi aku. Aku tidak menjana pendapatan menerusi grafik. Cuma sekali sekala ada juga duit masuk melalui kerja grafik. Hi hi hi ...
Oleh itu, melalui blog ini aku akan kongsikan sedikit ilmu grafik yang aku miliki. In Sya Allah.
Untuk memastikan anda tidak ketinggalan ilmu grafik tersebut, sebaik-baiknya follow blog ini.
Sekian untuk kali ini.

0 Komentar untuk "Aku Suka Grafik"
Terima kasih kerana sudi membaca.