Aku Suka Grafik

Aku, Foto Dan Grafik.

Tutorial Asas Photoshop.

AsSalam, 

 Apa khabar ? 

Hari ini aku mulakan tutorial asas photoshop.

Ini adalah langkah pertama untuk memulakan kerja-kerja grafik menggunakan photoshop. Jika anda tidak tahu teknik ini, akan sia-sialah photoshop anda. Umpamanya ada isteri yang comel tapi tidak boleh nak cium. Hi hi hi ...rugi.

Langkah pertama adalah anda mesti double klik pada ikon photoshop anda. Tunggu sehingga terpapar papan pemuka seperti ini. Saya hanya menggunakan Photoshop CS3. Untuk CS4 ke atas pemuka nya berbeza.
 

Kemudian anda tekan kekunci Ctrl dan kekunci N (Ctrl + N) Inilah cara untuk membuka papan kanvas anda. Cara lainnya adalah klik pada File kemudian klik pada New. Akan keluarlah box seperti berikut. Anda mesti melakukan setting Width (lebar kanvas) dan Height (tinggi kanvas)


Anda boleh pilih unit yang anda suka. Biasanya aku akan memilih pixels. Tentukan berapa ratus pixels yang anda mahu. Setelah selesai klik OK


Akan muncul papan kanvas seperti berikut. Yang berwarna putih itu adalah kawasan kerja anda. Jika anda tidak berpuashati, tekan butang merah X pada kanvas tersebut. Tekan Ctrl + N semula. Ulangi beberapa puluh kali supaya anda mahir dengan photoshop.


Okay ! Cukup setakat ini dahulu. Saya akan sambung tutorial ini esok.
0 Komentar untuk "Tutorial Asas Photoshop."

Terima kasih kerana sudi membaca.

 
Copyright © 2014 Aku Suka Grafik - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info